SERDANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menggunakan khidmat dua anjing pengesan bagi membantu mencari dan menyelamat dua beranak yang dikhuatiri lemas ketika menjala ikan di saliran longkang monsun, di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan, petang semalam.
'Lady' dan 'Grouse' daripada jenis Labrador Retriever serta English Springer Spaniel yang sebelum ini pernah terlibat dalam operasi tragedi tanah runtuh Batang Kali di Selangor, insiden kepala air Jeram Mawar di Kemaman serta insiden tapak binaan resort runtuh di Pulau Perhentian kelihatan dibawa masuk ke lokasi kejadian pada 11.15 pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata radius pencarian pada hari kedua operasi hari ini diperluas hingga enam kilometer dari kawasan kedua-dua mangsa dilaporkan hilang dengan pasukan penyelamat dipecahkan kepada tiga kumpulan.
"Sebanyak 13 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Shah Alam dan Pelabuhan Klang terlibat dalam operasi mencari mangsa iaitu wanita berusia 38 tahun dan anak perempuannya berusia empat tahun dengan dibantu dua ekor anjing pengesan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, sepasang suami isteri warga Indonesia dan tiga anak mereka yang berusia antara empat hingga 10 tahun, dilaporkan sedang menjala di saliran longkang monsun di kawasan itu sebelum tiba-tiba datang arus deras.
Kejadian itu menyebabkan kelima-lima mangsa tergelincir dan terjatuh sebelum dihanyutkan ke sebuah sungai berhampiran.
Bagaimanapun suami dan anak lelaki kedua keluarga itu yang berusia sembilan tahun berjaya menyelamatkan diri, manakala anak sulung pasangan itu berusia 10 tahun ditemukan lemas pada jarak satu kilometer dari lokasi kejadian.
Dua yang masih hilang ialah si isteri berusia 38 tahun dan anak perempuan pasangan itu berusia empat tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Anggota bomba membawa anjing pengesan K9 dalam operasi SAR susulan kejadian lima sekeluarga yang dihanyutkan arus deras di berhampiran sebatang anak sungai di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan, Ahad. -Gambar fail/Bernama
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Penerbangan pertama tiba di Jeddah bawa 283 orang jemaah
Sebanyak 53 penerbangan ke Jeddah mula tiba Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada Jumaat dengan penerbangan pertama ialah KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat (waktu Arab Saudi).
Tingkat kompetensi, latihan AI dalam kalangan guru dan murid
Kementerian Pendidikan beri tumpuan terhadap kompetensi dan latihan kepada guru-guru di negara ini bagi mendidik murid-murid khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Pemimpin lebih muda mampu ubah masa depan negara - Tun M
Menurut Mahathir, pemimpin sekarang tidak berpengalaman dalam mentadbir negara, tidak manfatkaan sumber negara sebaiknya, dan tidak mampu menyelesaikan masalah dengan baik.
Lady, Grouse bantu cari dua beranak dikhuatiri lemas ketika menjala
'Lady' dan 'Grouse' daripada jenis Labrador Retriever serta English Springer Spaniel sebelum ini pernah terlibat dalam operasi tragedi tanah runtuh Batang Kali di Selangor.